Wednesday, October 31, 2012


Jeng jeng jeng....Mbeeekkk!!!

not my native....

Tahukah anda..?? Kompem la tak tau sebab aku tak bagitau lagikan... hahahaha.. kesian blog aku ni terbengkalai macam projek jalan kat Kempadang jer gayanyer.. bole kate setiap malam aku ader jer mende nak tulis.. semua idea tu datang time nak tido sampai aku takleh nak tido.. palat!!

Idea yang datang semua gila babi dan kalau aku berjaya tulis kompem merembes saper yang baca tapi masalahnyer idea tu datang dalam bahasa english... yup semua ayat dalam bahasa english yang tulen.. ntah kenapa aku cakap dalam hati dalam berbahasa english dah susah aku nak tulis sebab aku bkan reti sangat eja dalam english..

Persoalan yang timbul tenggelam normal atau tidak...?? Awak rase?? Hmmm.....

Sunday, November 20, 2011

Desperate teacher..

Seorang guru wanita berusia 41 tahun dituduh mengadakan hubungan seks dengan 11 orang pelajarnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.Pihak pendakwa raya AS percaya guru berkenaan, Cindy Clifton akan dikenakan lebih banyak dakwaan berhubung jenayah terhadap pelajar bawah umur berbanding guru-guru lain di AS sejak sedekad lalu.

Dia kini berdepan 53 tuduhan yang membawa hukuman penjara lebih 60 tahun.Polis berkata, Clifton menggunakan minuman keras untuk mengumpan remaja-remaja terbabit sebelum dia melakukan hubungan seks dengan mereka di kediamannya di sini, negeri Tennessee.

Clifton didakwa berasmara dengan 11 pelajar berlainan antara bulan April dan Julai tahun ini.Menurut polis, kebanyakan pelajar terbabit merupakan rakan-rakan anak perempuannya.Semua mangsa Clifton berusia antara 14 hingga 17 tahun dengan sebahagian mereka ialah pelajar di sekolah Crestview tempat guru berkenaan mengajar.

Polis di sini melancarkan satu siasatan pada Ogos lalu selepas pengetua sekolah berkenaan membuat aduan berhubung perilaku tidak bermoral membabitkan Clifton.Selepas tiga bulan siasatan dilakukan, pihak berkuasa mengenakan 53 pertuduhan terhadap Clifton.

Peguamnya bagaimanapun menafikan semua tuduhan tersebut. Beliau menyatakan Clifton ialah seorang isteri yang setia, guru yang berdedikasi dan kerap menghadiri upacara keagamaan di gereja.Clifton menangis apabila gambarnya dirakam semasa dalam tahanan polis.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin AS$40,000 (RM126,100) tetapi diperintahkan supaya hadir di mahkamah semalam untuk berdepan 53 dakwaan terhadapnya termasuk jenayah rogol dan memberikan alkohol kepada remaja bawah umur.

Pada minggu lalu, seorang guru wanita berusia 33 tahun di negeri Ohio, Stacy Schuler dipenjara selama empat tahun selepas dia didapati bersalah melakukan hubungan seks dengan lima pelajarnya.Dia didapati bersalah atas 16 tuduhan jenayah seks selepas seorang juri di Cincinnati menolak alasan tertuduh bahawa dia kurang siuman. Hmmmmm.........

Wednesday, November 16, 2011

PEREMPUAN,WANITA DAN ..................................

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

Monday, November 14, 2011

MAN CAVE

Aku dulu selalu tengok citer SNOOP DOGG'S FATHER HOOD..Ada dalam satu dua episod dia tunjuk yang si Snoop Dogg ni nak bwat port untuk LELAKI SAHAJA yang digelar MAN CAVE..Aku plak sebagai remaja liar yang mudah terpengaruh dengan anasir luar tanpa segan silu  bwat Man Cave ni jugak cuma yang bezanya Snoop Dogg dia bwat kat luar rumah tapi aku bwat dalam rumah maka terjadilah loteng yang seperti gambar di atas..Apa yang best loteng ni??Untuk pengetahuan tempat ni satu-satunya kawasan MEROKOK..sambil berasap boleh layan Xbox360..kalau ader jiran-jiran datang aku suapkan dengan game bola..kalu sorang-sorang aku layan guitar hero..tak cukup dengan tu kalu bosan-bosan nak tengok movie pon bole..kat loteng ni bole pasang kuat skit tanpa mengganggu Nini dan Qisya kat bawah..so sape-sape remaja liar yang rase nak ader man cave ni sila beli rumah dulu k..jangan bwat kat rumah sewa nanti tak pasal tuan rumah marah..hmmmmmmm..

Sunday, November 13, 2011

Lame sungguh dah tak berfixie..hmmm

Baru-baru aku dah tersambar Playstation 3 Slim 16GB bagi melengkapkan nafsu remaja liar yang selama ni dapat tenung jer mende alah ni dalam almari-almari kaca kedai game..Walaupun game PS3 ni macam haram harganyer jadi aku dah bwat strategi supaya aku tak membazir beli game yang tak mencengkam jiwa..Untuk PS3 aku akan beli game yang memang takder keluar kat Xbox360 sahaja maknenyer game yang Sony Production jelah yang ader dan biasenyer game-game Sony tak pernah lagi mencengkam jiwa malah mungkin menusuk kalbu contohnya GOD OF WAR 3...Aku walaupun tak dilantik sebagai mufti gamezz aku tetap nak keluarkan fatwa bahawasanya game ni wajib dimain...Kalau ader PS3 tapi tak main maka dosa besar la jawabnya...Berbalik semula pada stategi tadi jadinyer game-game yang bole dimain kat Xbox360 aku beli cd pirate jelah..RM7.00 hinggit jer nak tawar menawar pon segan..Amacam bijak tak aku..??  Hmmmm.......